Thursday 24 November 2011

ULAMA PELAPIS TERUS MARA MENERUSKAN GENERASI KEPIMPINAN ULAMA

Machang, 21 Nov -Ijtima Ulama Pelapis Kelantan yang diadakan di Markaz Dewan Ulama PAS (MADU) pada Isnin lepas telah berjaya mengumpulkan lebih 150 orang ulama muda dari pelbagai peringkat dan kawasan dalam negeri Kelantan. Program anjuran Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis ini telah mengumpulkan ulama lepasan pengajian Islam dari dalam dan luar negara ini termasuk para ulama pondok dan bertujuan menyatukan fikrah dan menyuntik semangat juang untuk terus memberikan sepenuh tenaga serta idea demi meneruskan genarasi kepimpinan ulama yang telah terbukti lebih berkesan daripada kepimpinan sekular yang ada dalam negara pada hari ini.

Program yang bermula jam 9 pagi itu telah dirasmikan oleh Dato’ Muhammad Daud Iraqi iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan dan juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS pusat yang sudi bertemu mata dengan pelapis ulama masa kini semata-mata mahu melihat generasi pelapis dapat memainkan peranannya dalam mentarbiyah ummah demi membina sebuah daulah islamiyyah. Dalam ucaannya itu beliau menyeru kepada seluruh ulama pelapis agar berusaha membawa dakwah kepada masyarakat dengan cara yang bertepatan dengan situasi masa kini yang dilihat amat mencabar.

Para peserta kemudiannya didedahkan dengan satu pembentangan oleh Ketua Lajnah Ulama Pelapis PAS Pusat sendiri iatu Al-Fadhil Ustaz Hj Khir Muntanaza berkaitan peranan Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis yang merupakan sebuah lajnah di bawah Dewan Ulama PAS. Seterusnya satu pembentangan dan pendedahan berkaitan gerak kerja lajnah yang terkini telah dibentangkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Asri selaku setiausaha Lajnah Ulama Pelapis negeri Kelantan merangkap AJK Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan.

Pada sebelah petangnya, peserta telah ditampilkan dengan 2 orang tokoh ulama dan pemimpin iaitu YB Ustaz Muhammad Mustafa dan YB Senator Dr. Johari Mat yang digandingkan dalam satu forum yang bertajuk ‘membina persepsi ulama’ yang dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulqarnain Hasan.

Program yang julung-julung kali diadakan ini diakhiri dengan satu majlis penutup yang dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Yaakob selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS negeri Kelantan. Program ini berakhir pada jam 4.30 petang.

Saturday 19 November 2011

UMNO PERKUDAKAN 'ORANG AGAMA'


Umno Memperkudakan 'Orang Agama'

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa tindakan Umno. Ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana PAS telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihanraya kecil Tenang.. Nampaknya fikiran Menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama. Mungkin beliau buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum.

Kenyataan Presiden MCA Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS boleh memberi maaf kepada dua tokoh daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi ini. Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama Umno buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas.

Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon. PAS merasa bangga isu bersalam ini dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PELAKSANAAN SYARI'AT


Pelaksanaan Syari'at : Ulama' Seru Rakyat Berbincang Dengan Berlapang Dada

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang 'kabur' tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa perlaksanaan Hudud dan Qisas hukuman yang keras dan kejam serta menzalimi kaum wanita.

Katanya golongan tersebut sebenarnya telah meletakkkan tanggapan yang 'serong' terhadap syariat Islam.

"Kalau mereka melihat dengan cara yang baik, mereka tidak akan mengatakan wanita diketepikan bahkan mereka mesti menyebut wanita diberi penghormatan yang tinggi oleh Islam,"tegasnya ketika mengulas kenyataan sebuah NGO Sisters In Islam yang dilaporkan terus menolak perlaksanaan hudud dan Qisas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri Terengganu menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lujnah Penerangan pada Khamis, 6 Oktober, di sini.

[Gambar - turut serta adalah Ustaz Azman Shapawi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu]

Beliau menjelaskan Hudud dan Qisas tidak menolak wanita untuk menjadi saksi, namun meletakkan lelaki terlebih dahulu kerana beban penyaksian tersebut.

Sebaliknya, menurut beliau, sekiranya tidak ada saksi lelaki, dua orang wanita boleh menggantikan seorang saksi lelaki.